•  

Seminar NLP untuk Pelajar

­
Akademi NLP Malaysia dengan kolaborasi Kementerian Pendidikan Tinggi dan Sinar Harian (GPS Bestari) sebagai rakan media­ akan­ menganjurkan satu seminar berimpak tinggi menggunakan kaedah 'Neuro-Linguistic Programming' (NLP). NLP adalah satu kaedah teknologi kejayaan diri yang unggul dalam­ 'modelling excellence'. Program ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negara.­

Seminar selama satu hari ini merupakan satu program tanggungjawab khidmat korporat (CSR) dengan yuran yang amat minina. Matlamat­ 'mega event' ini adalah untuk memberikan pendedahan berimpak tinggi­ kepada masyarakat di Malaysia mengenai 'tools for personal excellence' yang tidak diketahui ramai kerana kekangan kos yang tinggi.

Objektif utama seminar ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar dengan kaedah-kaedah NLP supaya dapat belajar dengan lebih baik. Antara kaedah yang akan yang akan diajar adalah kaedah pengurusan diri, membina matlamat jitu, membina kepercayaan diri dan nilai yang yang mantap serta memahami kuasa dalaman. Seminar ini membolehkan para pelajar mencerap pembelajaran dengan lebih baik dan berupaya menghadapi cabaran sewaktu belajar supaya­ dapat­ meningkatkan pencapaian akademik mereka.­ Ianya juga­ boleh dijadikan sebagai satu platform untuk menggilap potensi­ dalam diri pelajar bagi mencapai kejayaan yang diingini.­

Seramai 30 ribu orang pelajar di seluruh negara dijangka akan mendapat manfaat melalui seminar ini. Seminar ini akan diadakan pada bulan disember 2017 dengan beberapa tarikh yang telah ditetapkan. Kumpulan sasaran peserta adalah di 33 tempat yang melibatkan­ dewan Universiti Awam dan Politeknik di seluruh Malaysia. Seminar ini akan dikendalikan oleh 'Certified NLP Trainers' yang ditauliahkan oleh Akademi NLP Malaysia yang terdiri dari profesor, pensyarah dan pegawai kanan IPTA dari KPTM yang menjadi kolaborator utama bagi program ini.

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM40 (bagi Pendaftaran awal RM30.00 Sebelum 31 Oktober 2017). Yuran tersebut merangkumi modul pembelajaran, sijil dan makan tengahari.


Artikel GPS Bestari Sinar Harian

­